Skip to content

Sayang Di Sayong

My Personal Journey of Travelling, Hobby & Lifestyles.

Menu
  • Home
  • TRAVEL
    • Malaysia
      • Semporna, Sabah
    • Thailand
      • Hat Yai
  • OUTDOOR
    • HIKING
      • Rawang Bypass
      • Bohey Dulang, Semporna
      • Gunung Kerunai, Gerik
      • Bukit Chenuang
      • Bukit Batu Putih, Gopeng
      • Bukit Engku Busu
      • Bukit Bangkong
    • CAMPING
      • The Woods, Ulu Yam, Selangor
      • Lenggong, Perak
  • COFFEE & TEA
    • COFFEE
      • Cerita Kopi
      • Asas Kopi
      • Chemex
      • Barista Class; All About Coffee
    • TEA
      • Teh Untuk Kurus
  • LIFE STORIES
    • 1-6 Tahun (1994-2000)
    • 7-12 Tahun (2001-2006) Part 1
    • 7-12 Tahun (2001-2006) Part 2
  • MY CAREER
    • How I Start Baking?
    • Baking Story
    • Baking Station
    • Baking Tips
  • Contact Me
Menu

Macam mana boleh mula bisnes dalam bidang bakery?

Posted on February 25, 2024 by Nisa

Tak pernah terfikir dan terlintas dek akal yang dangkal untuk mulakan apa-apa bentuk bisnes. Apatah lagi berkaitan dengan pemakanan seperti baking kek, biskut, pastry and etc. Tak pernah terlintas di benak nak bake walaupun sebesar zarah sekalipun. Awal tu kira macam bukan dunia aku. Kalau nak cakap soal angan-angan.. ya, aku ada angan-angan nak buka kafe yang ada vibe kopi, nak wujudkan satu persekitaran yang boleh borak santai. Cuma kopi. Kek dan roti mungkin orang lain. Haha.

Jadi, macam mana aku boleh mula bidang bakery ni?

Haaa..

Mulanya, bila aku berhenti kerja di salah sebuah syarikat swasta di bahagian kajian kimia. Empat tahun juga aku kerja. ada sebab-sebab tertentu yang membuat aku rasa tidak betah di situ. Walaupun gaji agak lumayan, ada benda lain yang perlu aku pertahankan. Masa tu, aku berhenti tanpa ada sumber pendapatan atau kerja lain sebagai ganti. Ini kes memang nekad dan dah lama aku rancang. Dan akhirnya berhenti juga. Untung berbekalkan emergency fund yang aku dapat ilmu kewangan daripada Dr. Adam Zubir dan Financial Faiz. Dapatlah sara beberapa bulan. Kadang aku berdoa, Allah nak bagi rezeki dalam bentuk apa? Jalan yang aku ambil ni, apa yangada depan mata masa tu, aku grab saja. Mungkin itu satu rezeki dan peluang yang tak terduga. Walaupun minat ke arah baking tu tak ada dalam kepala. Aku tak menyesal dengan jalan apa yang aku pilih. Aku lebih menyesal kalau berada dalam suasana kerja yang tiada keberkahan.

Dari situ, aku mula pergi kelas barista. Ingatkan nak belajar ilmu kopi saja lah, sekali aku dah terjebak dunia baking sekaligus. Aku mula masuk kelas bakery dan belajar beberapa kelas keusahawanan yang lain. Walaupun berguru pada perkara asas, Alhamdullilah.. ilmu baru luar daripada bidang untuk aku. Sekurang-kurangnya dapatlah belajar benda baru dan segala macam teknik-teknik. Walaupun resepi sangat mudah untuk cari di media sosial, tapi bila berguru kita akan dapat lebih banyak lagi. Dan, kuranglah nak buat segala kesilapan sebab belajar daripada orang yang berpengalaman.

Selain tu, akan ada banyak connection/network bila dah mula mengenal orang dari luar bidang kerja. Kongsi pengalaman dan belajar daripada orang yang dah kira legend dan mahir dalam bidang ni. Jadi, bila dah menceburkan diri dalam bidang bakery, mula lah timbul minat tu. Hampir setiap hari aku baking dan buat R&D. Sebelum ni aku kerja bahagian R&D, jadi mudah untuk aku nak apply this method of research ni dalam dunia bakery. Cuma, modal pun cepatlah habis. Tapi masa awal tu aku kurang pandai lagi, sebab banyak habiskan masa dekat R&D. Lagi mudah kalau berguru (untuk perkara-perkara yang lebih spesifik) lagi cepat dan jimat masa. Cuma kena bayar lebih sikit untuk dapatkan ilmu-ilmu dan resepi.

Begitulah awal perjalananku. Agak struggle kerana baru mula. Tapi aku sangat percaya pada proses. Walaupun memakan masa yang lama. Tapi, selagi mana ada usaha. InsyaAllah ada jalan. Pasti ada ruang dan peluang setelah tawakal diletakkan di tempat paling tinggi. Tidak mempersoalkan takdir tuhan. Meminta lebih untuk dapat redha Allah. Yakni, doa juga harus seiring kerana yang memberi rezeki juga Allah S.W.T.

“Berharaplah Selagi Bernafas”.

N.H., 26 Feb 2024.

Continue Reading

Next Post:
Short Story 1: Zaman Kanak-Kanak Sebelum Umur 6 Tahun.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berharap selagi bernafas, Berdoa untuk segenap hajat, Nikmati hidup sederhana mungkin.

Tidak semua waktu harus dikejar sekarang. Ada waktunya. Waktu untuk meneroka. Waktu untuk berjuang. Waktu untuk berteman. Waktu untuk bersendirian. Yang jelas menikmati semesta yang berbeza pemikiran. Maka, jalan hidup berbeza rencah suka, tawa & duka.

Nisa, 26 June 2023
©2025 Sayang Di Sayong | Built using WordPress and Responsive Blogily theme by Superb