Dingin malam hari ini, aku bertemankan secawan Teh O’ yang dihirup suam. Rasanya cukup kuat melekat pekat di hujung lidah. Rasanya, kali terakhir aku minum teh jenama ‘Ahmad Tea’ yang diadunkan flavour ‘cardamom’ adalah beberapa bulan yang lalu. Rasa spice cardamom terlalu tajam untuk taste bud aku. Puncanya adik bongsuku yang mula bancuh minuman tu awal pagi. Dan aku minum lewat malam setelah dipanaskan semula.
Ada cerita disebalik teh ni sebenarnya. Alasannya nak turun berat badan. Ceritanya begini.. untuk masuk ke satu syarikat yang aku kerja, BMI haruslah normal. Bagi mereka, undwerweight dan overweight adalah sesuatu yang tidak normal. Jadi, aku memang layak masuk sebab berat badan berada pada paras normal. Awal kemasukan dulu. Selepas dah berjaya masuk, kami kena buat ukuran BMI setiap tahun empat kali. Every quarter of the year. Kalau tak lepas last quarter tersebut, memang akan memberi kesan pada bonus. Dan.. aku memang tak mencapai standard BMI yang ditetapkan setelah itu. Puncanya sebab nafsu makan. Haha. memang parah. Selalu pergi food hunting masa zaman kerja. Mula lah nak memberi alasan itu ini.
Untuk kuruskan berat badan yang hanya 6 kilogram kenaikan, aku memilih untuk tidak minum minuman bergula. Jadi, pilihan yang ada hanyalah air kosong. Dan, itu sangatlah tidak puas untuk diri ini. Bermula lah penerokaan aku pada teh. Teh yang diminum tanpa gula. Yang paling penting, bila minum tanpa gula, akan ada satu haruman yang menusuk hidung dan menyenangkan terhasil dari flavour tea tersebut. Pelbagai jenis teh yang selalu aku cari di Village Grocer. Alasannya.. supermarket biasa memang jarang nak jumpa. Yang ada cuma black tea yang biasa kita minum dari jenama BOH, Lipton, teh wangi dan berbagai lagi. Baik dari serbuk teh yang perlu ditapis setelah bancuh dan teh yang dihasilkan siap diuncangkan tanpa perlu proses tapisan.
Kalau nak ikutkan jenis teh itu memang banyak. Ada black tea, white tea, green tea dan pelbagai lagi. Dari kecil yang aku tahu cuma black tea saja. Paling tidak, sekadar ditambah perisa lemon, strawberry, blackberry dan lain-lain lagi. Macam teh dari Cameron Highland. Cuma, orang melayu kita banyak minum yang airnya ditambah gula. Barulah padu! Kalau orang Cina pula, mereka lebih gemar amalkan teh herba. Macam Pu Erh Tea, Oolong Tea dan pelbagai lagi yang aku pun tak pasti kewujudannya. Minuman tradisional untuk kesihatan tubuh badan.
Berbalik kepada awal pengenalan pada teh, barulah aku mula berjinak nak mencuba benda baru. Awalnya aku cuba Earl Grey Tea. Teh ini diadunkan dengan perasa Bergamot. Sejenis buah dari jenis Citrus. Rasanya agak unik dan banyak orang Eropah consume teh ini sebagai minuman sarapan pagi. Tapi, bila diminum, memang sedap. Tak ada rasa citrus macam kita minum Teh O’ Limau. Serbuk teh Earl Grey Tea dari jenama Ahmad Tea ini, aku bawa pulang dan bagi keluarga minum. Arwah mak dulu pernah kata sedap. Dan aku beli lagi. Tapi, mereka minum sudah pasti ditambah gula. Haha. Dan, aku di pejabat, memang minum tanpa gula. Kalau sesiapa minum black tea dari Earl Grey Tea memang takkan mampu nak telan. tapi, bila lama dah biasa.
‘Kebiasaan membentuk tabiat!’
Dari situ, pengelanan pada teh lebih banyak. Aku cuba bermacam-macam jenis. Chamomile, English breakfast tea, cardamom tea, cinnamon tea, other spice, green tea, jasmine tea dan pelbagai lagi. Kebanyakannya tak kena di di lidah, aku bagi teman rapat untuk cuba. Supaya cepat habis.
Dari pelbagai jenama dan jenis perasa dah banyak aku cuba. Yang paling mencapai citarasa cuma dua. Earl Grey Tea dan Cold Brew Peach and Passion Fruit. Dua-dua daripada Ahmad Tea. Cold brew ini memang yang terbaik. Hanya dibancuh dengan air sejuk dan siap diminum. Aku bawa ke kampung masa raya tempoh hari. Bagi sepupu dan saudara minum. Bancuh tanpa gula dan diletakkan ais batu di dalamnya. Sungguh mereka suka. Tak sangka pula mereka boleh hirup tanpa gula. Jarang sekali begitu. Dan mereka suruh aku beli lagi dan lagi. Haha.
Matlamat sebenarnya cuma satu saja di sini. Dengan pengambilan teh yang diminum tanpa gula, aku berjaya turunkan berat badan ke paras normal semula. Sebanyak 6 kilogram dalam tempoh 2 bulan. Tapi, pemakanan lain dan aktiviti harus seimbang juga.
Jadi, untuk yang nak kurangkan gula, dan nak ada rasa pada lidah, boleh cuba teh yang aku sebutkan tadi sebagai pemula. InsyaAllah menjadi.
‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.’
N.H. November 2023