Di Semporna, Sabah terdapat sebuah pulau yang tersangatlah cantik pemandangannya dari atas pulau. Selain daripada meneroka alam laut yang terbentang luas dan indah, dengan pendakian di Pulau Bohey Dulang, akan dapat sesuatu pemandangan yang lebih baik dari hiking di bukit-bukit biasa. Ibarat pandangan seekor burung yang terbang melayang di langit biru. Lebih mudah dan lebih jelas menikmati pandangan luar biasa dari sudut perspektif burung.

Dari Semporna, perjalanan ke Bohey Dulang mengambil masa kira-kira 20 hingga 30 minit dengan menggunakan bot laju.
Pendakian kali ini termasuk dalam trip percutian aku selama 4H3M di Semporna, Sabah. Kami mendaki pada hari pertama percutian, seusai sampai dan menyimpan bagasi di Chalet terdekat. Boleh lihat artikel trip ke Semporna, Sabah. Dengan ketinggian 700 meter dari aras laut, laluan untuk mendaki agak mudah dan santai. Memang agak rugi kalau tak cuba hiking di sini dengan ketinggian yang sederhana sesuai untuk beginner. Dan sesuai juga untuk orang tua yang masih sihat walafiat. Soalnya, pendakian kali ini kami bawa dua orang tua kepada temanku. Yakni pendakian yang lebih santai. Jadi, yang tak pernah mendaki, memang boleh sangat untuk cuba meneroka. InsyaAllah dijamin sampai.


Pulau Bohey Dulang adalah salah satu di antara 8 buah pulau dalam Taman Marin Tun Sakaran. Sesuai untuk pendakian para penggunjung. Selain pendakian, keindahan semula jadi pemandangan laut yang jernih, perpasiran, terumbu batu karang, flora dan fauna adalah motif utama pengunjung seperti aku untuk ke sini. Lelaki tua tidur antara julukan yang diberi untuk pulau ini. Di mana aku sendiri pun tak dapat meneroka dengan mata kasar aku.
Kami mula mendaki pada pukul 11 pagi. Cuaca agak baik dan mendung. Tidak terlalu panas sebab dilitupi pokok-pokok yang tinggi. Sebelum mula, penjaga pulau memberi sedikit penjelasan tentang selok-belok pendakian di Pulau Bohey Dulang yang agak mudah. Bagiku, ketinggian 700 meter adalah trek paling mudah.

Untuk sampai ke puncak mengambil masa dalam 1 jam, kira-kira jam 12 tengah hari begitu. Kami agak bertuah sebab tidak ada panas terik mentari. Tapi, tetap terasa bahangnya sesudah di puncak.
Subhanallah.. Viewpoint dari puncak Bukit Bohey Dulang memang mahal. Rugi kalau tak naik sampai ke atas. Laut biru yang terbentang luas, boleh lihat kapal-kapal bergerak ke sana ke mari.

Kami turun setelah hampir dua jam di atas puncak setelah puas bergambar.


Pulau Bohey Dulang adalah antara destinasi wajib singgah sekiranya berada di Semporna. Just for stunning view!