Hari ni saya akan share serba sedikit tentang barang keperluan atau ‘basic tool or equipment’ untuk menyeduh kopi secara manual sendiri di rumah. Yang pasti mampu milik. Yang lebih penting, anda boleh jimat lebih jika nak dibandingkan dengan pembelian minuman kopi di kafe ternama seperti Starbuck, Coffee Bean & Tea Leaf dan lain-lain.
4 peralatan asas yang anda perlukan untuk hasilkan secawan kopi hitam yang harum adalah:
1. Alat penimbang / coffee machine scale
Alat ini adalah benda asas yang anda perlukan untuk dapatkan jumlah atau kuantiti kopi yang sempurna. Selain untuk pastikan nisbah yang tepat untuk serbuk kopi dan air.
Tidak perlu cari yang terlalu mahal. Untuk pemula yang masih baru atau anda ada bajet kewangan yang rendah, boleh cari yang murah dahulu. Boleh beli di Shopee atau Lazada dengan harga dalam lingkungan RM25 – RM30.
Mungkin akan ada tolerance dalam timbangan, tapi sangatlah minimal. Jika anda ada bajet lebih, boleh dapatkan yang lebih bagus dengan less tolerance.
2. Cerek / Goose Kettle
Kedua, anda perlukan sebuah cerek untuk mengisi air panas sebelum dituang di atas serbuk kopi. Bukan cerek biasa, tetapi cerek yang ada leher seperti angsa. Kebanyakan umum merasakan kettle untuk membuat kopi seperti kettle untuk membuat air teh. Mungkin boleh guna juga. Tapi untuk lebih tepat, gooseneck kettle adalah pilihan terbaik untuk dapatkah hasil ‘extraction’ kopi yang terbaik yang sesuai dengan keinginan kita. Anggaran harga untuk kettle sebegini boleh didapati di dalam lingkungan RM40 berdasarkan 600mL atau lebih murah.
3. Alat kopi
Ada beberapa alat kopi yang boleh anda gunakan untuk pertama kali menggunakan teknik manual brew. Sama ada French Press, Moka Pot, V60, Chemex dan pelbagai jenis lagi. Empat peralatan ini antara yang paling asas dan kebanyakan pengguna menggunakan ini. Untuk alat kopi seperti V60 dan Chemex anda harus beli bersama paper coffee filter disebabkan proses pour over coffee yang berbeza.
Paling murah dan mampu milik anda boleh dapat di Shopee atau Lazada dengan anggaran harga seperti di bawah ini:
Jika anda ada salah satu daripada alatan kopi ini, maka anda bolehlah mula menyeduh kopi sendiri di rumah.
4. Serbuk Kopi
Paling wajib ada semestinya kopi itu sendiri. Anda boleh memilih untuk beli biji kopi atau serbuk kopi di pasaran. Kalau anda pilih untuk membeli biji kopi, anda perlu ada grinder coffee yang mana anda perlu keluarkan dana yang lebih. Tapi, untuk mudah lebih-lebih lagi sebagai pemula, beli saja terus serbuk kopi yang telah dikisar siap oleh penjual kopi di luar sana.
Haa, bila semua ni dah ada anda sudah boleh seduh sendiri kopi anda secara manual brew.